Thursday, November 30, 2006

Banci MPPK

Bancian oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) menunjukkan 518,996 atau 99.2 peratus pertubuhan perniagaan terdiri daripada PKS. Banci itu juga menunjukkan seramai 411,849 perniagaan PKS atau 79.4 peratus adalah perniagaan bersaiz mikro. (laporan Tahunan PKS 2005 oleh MPPK) .

Di mana perniagaan mikro adalah perniagaan yang mempunyai pekerja tidak melebihi 5 orang atau mencatatkan hasil jualan tahunan tidak melebihi RM 200,000 jika beroperasi dalam sektor perkhidmatan atau pertanian. Bagi sektor pembuatan had jualan tahunannya ialah RM 250,000.

Cabutan daripada Nota Niaga - Datuk Mohd Nasir Ahmad, Berita Harian, 27 November 2006)

No comments: